Thursday, December 20, 2012

MANTOP DIRI

Lagu ini  amat seronok dengan maksud nya yang berguna;Kecemerlangan akan dicapai dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.Insyallah...

Wednesday, December 19, 2012

Motivasi Diri,Jangan Bersedih

Hai semua,sudah lama saya tidak update blog ni,nak buat macam mana,setiap hari sibuk......
Tapi tak apa,mungkin saya tidak dapat tulis panjang tetapi saya sesuatu maklumat atau motivasi yang amat berguna kepada semua orang yang tercari cari bagaimana orang dapat Berjaya dalam hidup mereka,informasi ini saya dapat daripada sebuah blog yang lain...Ini url nya: http://greenboc.blogspot.com/2011/01/motivasi-rahsia-menjadi-pemenang.html

1)Berubahlah dengan waktu dan tempat

Janganlah anda selalu menuruti perasaan negatif anda kerana ini semestinya akan membuatkan anda berasa tidak selesa.Cuba bersenyum di mana pun kita berada tetapi janganlah jadi Kerang Busuk dan cubalah buang segala masalah di dalam fikiran anda....


2)Cari teman2 sahabat untuk sokongan

Sering seringlah merantau dan cuba untuk mencari ketenangan.Dan,tanpa disedari dengan merantau dan banyak berinteraksi,anda akan juga akan menjadi matang tanpa disedari..

3)Hargailah dan nkmatilah alam

jika anda cuba untuk menghargai alam,anda akan besara begitu tenang apabila melihat bunga yang mekar, matahari yang bersinar, sawah yang terhampar.

4)Hargai Orang lain

Cuba senyum,ketawa dan memberi pujian yang tulus kepada mereka yang berada di sekeliling anda supaya kebahagiaan akan datang mencari kita...

5)Belalu Baik dengan orang lain

Jangan Pernah menyimpan dendan sekalipun kerana dendan akan membuat sifat negatif anda 
makin bertambah ingatlah ,Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu.

Sekian untuk blog kali ini jika inginkan lebih banyak maklumat,cuba untuk membuka link yang saya berikan itu......Sekian

Tuesday, December 18, 2012

Monday, January 3, 2011

UNCLE SEEKERS VS DATO DR FADZILAH KAMSAH

Langkah Bagaimana Memberi Respon Pada Kritikan


Kritkan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.

1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.
3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat.  Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.

Kata-kata Motivasi


“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.