Monday, January 3, 2011

UNCLE SEEKERS VS DATO DR FADZILAH KAMSAH

Langkah Bagaimana Memberi Respon Pada Kritikan


Kritkan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda. Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif pada kritikan-krtikan negatif.

1. Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi ‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada peluang.
3. Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari! Pelajari cara yang betul, kemudian buat.  Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan sentiasa bermotivasi.

Kata-kata Motivasi


“if you live to other people’s expectation, you will kill your potential. But if you live your life based on what you want to achieve, what you enjoy doing and what you want to be,you your potential is limitless! Follow to your heart – Andrew Matthews.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan semata-mata mahu mengatasi orang lain atau nak berjaya semata-mata mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain, Anda akan membunuh potensi diri Anda sebab Anda hidup di dalam dogma iaitu bertindak berdasarkan apa yang orang lain kata.
Anda tidak ada impian sendiri, tapi hidup berdasarkan impian yang diset oleh orang lain terhadap diri Anda. Walaupun Anda berjaya, Anda akan rasa ‘kosong’. Bila ada orang lain muncul lebih berjaya daripada Anda, timbil rasa dengki, iri hati, sakit hati.
Jika Anda mahu mencapai kejayaan sebab Anda mahu menjadi ‘somebody’, mahu mencapai apa yang Anda impikan, Anda seronok melakukan perkara yang Anda sukai, potensi Anda untuk berkembang sentiasa ada, bahkan tak ada had! Anda akan terdorong untuk belajar perkara baru di api-apikan oleh rasa ingin tahu. Anda akan maju tanpa Anda sendiri menyedarinya.
Meminta pendapat orang lain, itu satu perbuatan yang bagus. Tapi, jangan bergantung pada pendapat orang lain semata-mata sebagai pentunjuk hidup. Cara paling baik adalah gunakan pendapat orang sekeliling sebagai panduan kemudian gabungkan dengan idea Anda sendiri.
Jika kegagalan berlaku, berhentilah menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan Anda.
Walau apa jua yang berlaku, terima dengan rasa bertanggungjawab. Salahkan dalaman, jangan salahkan luaran. Maksudnya, salahkan diri sendiri kerana berbuat silap dan kerana tidak berbuat sehabis baik.
Mulai hari ini, apa jua orang kata pasal Anda, dengar dan gali motivasi di sebaliknya. Jangan melenting, jangan jadi bad mood, jangan mengamuk tak tentu pasal. Dalam memburu kejayaan, Anda kena belajar dari segenap perkara, walau ia sesuatu yang pahit.

Bagaimana Fikiran Menarik Perkara Buruk


Apa yang Anda fikirkan selalu, itulah yang akan dijelmakan ke dunia nyata, cuma lambat atau cepat saja ia direalisasikan. Bila Anda fikirkan sesuatu yang buruk dan sesuatu yang Anda tak sukai kemudian selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara buruk untuk berlaku pada diri Anda. Mengingat masalah, Anda akan menarik lebih banyak masalah.
Apabiala Anda fikirkan sesuatu yang baik, menggirangkan dan sesuatu yang Anda sukai kemudian Anda selalu mengingatinya, Anda akan menarik banyak perkara-perkara baik untuk berlaku pada diri Anda. Fikiran Anda ibarat magnet.
Fikiran positif menarik hal-hal positif. Fikiran negatif, menarik hal-hal negatif. Tiap kali Anda mengingatinya, samalah seperti Anda berdoa banyak kali untuk mendapatnya. Disiplinkan mental Anda. Jangan fikirkan hal-hal buruk, benda-benda buruk, perkara-perkara buruk, elak bersangka buruk, walau cuma sesaat!

Tips Bagaimana Untuk Kekalkan Kegembiraan


Untuk bersemangat, Anda perlu rasai kegembiraan dan kegirangan. Dalam perkataan Inggeris, ini dipanggil happiness and joy. Apabila kegembiraan hadir di hati, ada cara untuk kekalkannya.
Anda perlu tahu bahawa kegembiraan dan kegirangan yang ada di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan dan kegirangan.
Happiness attracts more happiness,joy attracts more joy!
Untuk kekalkan kegembiraan yang Anda rasa, ucapakan syukur selalu. Inilah cara untuk kekal bersemangat. Kekal termotivasi.
Ucapkan terima kasih pada setiap orang di sekeliling Anda, ucap walau peranan mereka pada Anda kecil saja, misalnya, ucap terima kasih pada cleaner yang membersihkan pejabat Anda, ucap terima kasih pada budak pencuci kereta yang mencuci kereta Anda. Andai kata kena saman, ucap terima kasih pada Encik Polis sebab menyaman kesalahan Anda, membuat Anda sedar kesalahan yang Anda lakukan.
Jika seorang suami, ucap terima kasih pada isteri Anda kerana mengambil berat diri Anda, ucap terima kasih pada dia kerana sanggp bersusah payah berbakti untuk Anda sebagai ketua keluarga.
Jika Anda seorang isteri, ucapkan terima kasih pada suami kerana dia ada untuk Anda bergantung hidup padanya. Kegembiraan yang lahir dari rasa berterima kasih membuat Anda menghargai pasangan Anda, bukan sekali dua, tapi setiap hari.
Tiap kali Anda dilanda kegusaran berdepan dugaan atau permasalahan, alihkan seketika fikikiran Anda pada benda-benda yang Anda ada dan hargai orang-orang di sekeliling Anda. Ini menjadikan Anda bersemangat dalam usaha menyelesaikan masalah.
Dulu, kita bersemangat sebab kita nak capai sesuatu. Sekarang, gunakan kesyukuran untuk membuat diri Anda bersemangat selalu.
Kegembiraan yang terbit dari kesykuran lebih bertahan lama. Ia membuat Anda jadi energetik. Anda akan komited pada apa saja yang Anda lakukan.

Cara Bagaimana Mengurangkan Sikap Skeptik


Apa sikap skeptik ni?
Skeptik adalah meragui sesuatu, ia adalah perasaan takut tidak apa yang Anda mahukan tidak tercapai, takut tidak menjadi, takut tidak seperti yang dijangkakan.
Untuk fahami pekebendanya skeptik, anggap ia sebagai keraguan terhadap sesuatu. Anda simply rasa tak yakin sepenuhnya.
Berikut adalah 2 cara bagaimana mengurangkan sikap skeptik…
1. Fokus pada apa yang boleh terjadi, bukan pada yang mungkin boleh jadi.
Ayat berlainan memberi kesan berlainan di minda. Bila Anda fokus fikiran pada apa yang boleh terjadi, Anda jadi tidak ragu. Bila Anda memfokus pada apa yang mungkin boleh jadi, Anda jadi ragu. Timbul rasa skeptik disebabkan oleh perkataan ‘mungkin’. Visualisasikan hasil, fokus pada apa yang boleh Anda lakukan, bukan pada apa yang mungkin boleh gagal.
2. Elak guna perkataan cuba, sebaliknya buat saja!
Elak melatih diri dari selalu menggunakan perkataan cuba, misalnya “saya cuba untuk jadi yang terbaik”. Gunakan perkataan “saya pilih untuk…” (I choose to..) dan “saya mahu…” supaya Anda dapat kurangkan sikap skeptik dan lupakan.
Bila Anda sebut perkataan “saya cuba” atau terfikir cuba untuk mencapai sesuatu, tak semena-mena akan timbul rasa ragu. Sebenarnya ini normal, tapi menjadi tidak normal lalu bertukar menjadi negatif apabila ia menjadi besar, berubah menjadi kegusaran berpanjangan.
Untuk melawan malas, caranya rajinkan diri. Usah sebut perkataan “tak nak malas” sebab walaupun Anda berusaha lawan malas, Anda merasa semakin malas.
Untuk melawan skeptik, caranya optimiskan diri, elak untuk guna perkataan “melawan rasa skpetik” sebab Anda akan jadi semakin skeptik, semakin gusar. Apa yang Anda lawan, itulah yang Anda akan dapat!
Jadi cemana? Pilihlah untuk jadi orang BERANI GAGAL!.
Bila sudah berani gagal, skeptik menghilang dan mengurang. Sikap skeptik Anda tak boleh buang, Anda cuma boleh kurangkan, kecilkan dan kawal.
Untuk mahir mengawal sikap skeptik, berlatihlah untuk melihat apa yang boleh terjadi, kemudian bertindaklah merealisasikannya.
Anda tidak akan kenyang jika cuma membayangkan ayam KFC.
Anda tidak akan kenyang jika cuma memvisualisasikan diri Anda sedang membaham ayam KFC.
Anda kena bertindak dan bergerak! Buka langkah dan berjalanlah menuju ke restoran KFC.
Pergi ke kaunter dan order sepiring ayam KFC!
Nampak tak?
Untuk merubah sesuatu (misalnya dalam contoh tadi, merubah rasa lapar menjadi rasa kenyang) Anda perlu fikir dulu, bayangkan lepas tu bertindaklah merealisasikannya.

Motivasi Wanita-5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita


Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.
Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.
Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana Anda dapat tidur makam tadi Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur.Selepas bangum, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.
Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.
Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.
Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.
Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.
Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.
Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!
Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.
Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama.Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.
Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalaah orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.
Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.
Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenalakan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.
Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.
Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

Tips Motivasi-Lakukan Yang Terbaik Bermula Dari Perkara Kecil

Setiap hari adalah hari baru.
Jangan cemarkan hari ini dengan mengingat balik kesilapan-kesilapan lalu. Anda akan hidup di masa lalu, menjadikan Anda sukar untuk bersemangat pada hari ini. Anda terhalang mencipta kehebatan pada dari ini dan hari di masa depan.
Segala yang dah berlaku, biarkanlah berlalu. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Tetapi, Anda masih boleh mengubah hari ini dan hari di masa depan Anda. Anda masih ada peluang melakar kecemerlangan bila-bila masa pada hari ini.
Bertekadlah cemerlang hari ini. Buat yang terbaik!
Jika Anda meneyediakan sarapan untuk keluarga, hasilkanlah yang terbaik.
JIka Anda menggoreng mee dan membancuh kopi untuk santapan keluarga di pagi ini, hidangkahlah mee yang paling sedap pernah Anda hasilkan.
Bukan buang tebiat, tapi untuk melatih diri Anda menghasilkan tahap terbaik dalam apa jua yang Anda lakukan, bermula dari perkara-perkara kecil dan perbuatan asas bermula dari rumah.
1)

Sesuatu Yang Lebih

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.
2)

Hal Kecil dengan Cinta

Dalam kehidupan ini kita tidak dapat selalu melakukan hal yang besar. Tetapi kita dapat melakukan banyak hal kecil dengan cinta yang besar.
In this life we cannot always do great things. But we can do small things with great love
3)

Tentang Visi

Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.
4)

Memberi dan Menerima

Mereka yang dapat memberi tanpa mengingat, dan menerima tanpa melupakan akan diberkati.
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.

Sikap Positif Perlu Anda Bina Di Awal Tahun 2010
1. Berhenti mengomplen.
Hentikan sikap suka mengomplen. Jangan pertikaian sesuatu. Sebab setiap kali Anda mempertikaikan, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi negatif seperti marah, geram akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tak puas hati ketika mengomplen. Orang suka mengomplen, hidupnya tak maju-maju. JIka Anda nak maju, hentikan sikap suka ngomplen.
2. Berhenti berfikir mengenai kekurangan orang lain.
Elak untuk merasa diri Anda lebih. Elak merasa diri Anda lebih bagus, lebih pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih berjaya. Ini akan menjadikan Anda seorang yang ego. Bila sudah ego, Anda tak ada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Anda tak ada dorongan nak berusaha, sebab Anda sakit hati.
3. Banyak berfikir memperbaguskan diri
Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan sibuk menjaga tepi kain orang lain. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan pencapaian mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungan ketiga-tiga sikap ini akan membuat Anda bermotivasi. Jangan pandang orang berdasarkan jawatan,kerja,angkat, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja,walau siapapun dia. Ini menjadikan Anda sentiasa bermotivasi lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya sebab kesenangan hati orang yang selesa bergaul dengan Anda akan menjadi doa kejayaan Anda. Kebencian orang pada Anda akan menjadi doa juga, iaitu doa untuk menjatuhkan Anda. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.
5. Doakan orang lain supaya jadi berjaya.
Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Bantu orang lain untuk berjaya, pandanglah dia sebagai orang ada potensi untuk berjaya. Doakan kejayaan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.